weLc0me...

haPpy vIewiNg...!...tHaNxXxx f0R c0mINg...('',)

Saturday, March 19, 2011

FeNoMeNa...,,,all ab0ut kiamat 2012...

"...Mari kongsi beberapa penjelasan/pendapat/teori/ramalan mengenai 'kiamat2012' dari beberapa sumber...termasuk kalender Kaum Maya,Nostradamus,Planet Nibiru,kod rahsia,ahli astrologi/astronomi,...serta beberapa tokoh lain..."


KAUM MAYA


Kaum Maya merupakan  penduduk selatan Mexico dan Utara Amerika Tengah yang kaya dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun.Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun yang lalu.Tamadun ini mempunyai 22 kalender yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.
Menurut ramalan kaum ini,pada tarikh 21Disember 2012,Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi,banjir dan letupan gunung berapi.



kalender kaum maya



please click,f0r m0re info ab0ut kaum maya...
ms.wikipedia.org/wiki/Kaum_Maya#Asal




NOSTRADAMUS


Merupakan pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia.Beliau dikenali dengan karya ciptaannya iaitu Les Propheties,yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima,yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 buah yang dipanggil 'Centuries'


m0re ab0ut Nostradamus...


Beliau turut membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012,berdasarkan petikan ramalan di bawah:
     "At the place where HIERON has hits ship built,
     There will be such a great sudden fl0od,
     That 0ne will n0t have a place n0r land t0 fall,
     upon...
     The waters m0unt t0 the 0lympic Fesulan,"


Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan.Namun tiada sebarang tarikh khusus dinyatakan,hanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.
Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru@planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran  orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar daripada bumi atau sama besar dengan planet Musytari.



PLANET NIBIRU    

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.
Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang  kepada terbalik(polar shifting).Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh Alaihissalam dahulu.
Bagaimanapun planet ini dikatakan  tidak akan menghentam Bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu Bumi.Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara Bumi dan matahari,di mana kecerahan muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.
Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat di mana akan kelihatan oblek merah di langit.






Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus,senantiasa  berlaku letusan gunung berapi,gempa bumi,dan bencana alam lain serta ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang berhampiran.Selain itu,planet ini dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menggaanggu  kestabilan geografi Bumi.
Sememangnya banyak kajian mengenai planet ini dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri.Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet,kerana kedudukannya yang jauh dari Pluto.
Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar,mempercayai tentang kewujudan Planet Nibiru yang juga turut dikenali oleh mereka sebagai Planet Tiamat.


kedudukan planet ke-12.Planet Nibiru yang dikatakan bakal
memberi bencana kepada manusia pada tahun 2012






KOD RAHSIA


Selain itu,teori akan berlaku kiamat pada 2012 dikuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.Menurut mereka,Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Bagi seorang penulis,Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 ,namun masih belum diketahui jenis bahananya.
Di Asia,hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766,akan berlaku bencana besar pada tahun 3778masihi(yang bertepatan dengan tahun 2012)
Seorang ahli astronomi Jepun,Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahawa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari,dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadiaan kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.


/\\/\\/\/\/\\\\/\/\\\/\/\/\////\/\/\/\//\/\/\/\/\/\\\\/\///\\/\/\\//\\\/\/\/\/\\\\\/\\\\\\/\/\/\/\/\/\\/\/\/\\//\/\/\/\/\\/\/\\/\/\/\\\/\/\/\/\/\/\/\\\\\\/\\/\/\\\\


Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.
Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden.
Namun bagi kita sebagai umat Islam,sese0rang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.
Soal kiamat tahun2012 itu merupakan hal ghaib yang harus dipercayai olehh setiap Muslim.Namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firman dalam surah Al-A'raf:187,maksudnya:


     "mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat :"bilakah terjadinya?"
     Katakanlah:"sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku,tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya,selain Dia.Kiamat itu amat berat(huru-haranya bagi makhluk)yang dilangit dan di bumi.Kiamat tidak akan datang kepadamu melainkan dengan cara tiba-tiba."

No comments:

Post a Comment